BEKAS ADUN KUALA SEPETANG DILANTIK CEO TOURISM SELANGOR BAHARU

SHAH ALAM – Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor, Tourism Selangor Sdn Bhd melantik Chua Yee Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa serta-merta.

Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, lantikan bekas Ahli Dewan Undangan (DUN) Kuala Sepetang, Perak itu bagi menggantikan Azrul Shah Mohamad yang telah berkhidmat selama lima tahun sejak Januari 2020.

“Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan kakitangan Tourism Selangor mengalu-alukan CEO baharu yang berpengalaman luas dalam pentadbiran selama 17 tahun merentasi pelbagai industri selain memiliki kepakaran dan kredibiliti dapat menyumbang kepada agensi.

“Kerjasama ini diharap dapat memacu industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam mencapai matlamat Tahun Melawat Selangor 2025,” katanya pada Jumaat.

Related Posts

Search